Ruang Permata


    Ruangan ini diwujudkan bagi menyediakan kita dengan pelbagai Ilmu Allah.Sebagaimana yang disarankan kita menuntut Ilmu.Ilmu mengenai Al-Quran khususnya.Terdapat banyak Ilmu mengenai Al-Quran yang seharusnya kita dalami.InsyaAllah ia akan memberi manfa'at buat kita.Khususnya yang sedang berjuang untuk menjunjung setingginya KALAMULLAH.Untuk permulaan ruangan ini akan di'isi'kan dengan Sejarah Penulisan Al-Quran(Tarikh Mushaf).Ia akan diusahakan agar dapat di kemaskini setiap seminggu sekali.Sentiasalah kita mendapatkan keberkatan Allah dengan mendalami IlmuNYa.
 

Pengumpulan Al Quran Pada Zaman Abu Bakar Assidiq




    Pengumpulan Al Quran dimaksudkan daripadanya (pengumpulan) membawa 2 makna:
Pertama: Menghafaznya (Tanpa Surat)
Kedua   : Penulisan dan pencatitan

Kedua² nya telah dilaksanakan pada zaman Rasullah Saw.

    Cara pengumpulan yg pertama ini dilakukan sendiri oleh Rasullah Saw melalui penghafalan baginda sendiri akan keseluruhan ayat² Quran itu.Tinggal ia dengan keadaan terlukis dipermukaan qalbu baginda.Ini berlaku di sepanjang tempoh penurunan wahyu yang dibawa oleh Ruhul Qudus Jibril a.s.Keadaan ini turut berlaku  kpd para sahabat yang lain.Mereka menghafaz keseluruhannya semasa hayat Baginda s.a.w.Antara mereka itu ialah para Khulafa' Ar Rasyidin,Talhah, Sa'ad,Huzaifah bin Al Yaman,Salim Maula Abu Hurairah,Abu Huzaifah,Ibnu Umar,Muawiyah,Abu Zubair,Abdullah bin Said,Aisyah,Hafsah,Ummu Salmah,Ubai b. Kaab,Muaz b Jabal,Zaid b Thabit,Abu Darda',Majma b Harithah,Anas b Malik dan lain² lagi.

    Makna yang kedua itu terlaksana semasa hayat Baginda s.a.w juga dengan tertulisnya dan tercatitnya keseluruhan ayat² itu dihadapan Baginda s.a.w. sendiri.Meskipun ayat² itu ditulis diatas pelbagai bahan seperti yang telah disebutkan terdahulu.Maka sebelum Baginda s.a.w. wafat,keseluruhan Quran itu telah dihafaz didada para sahabat dan ter catit menurut apa yang telah dinyatakan.

Sebab² pengumpulan Al Quran didalam Mushaf

    Semasa Khlaifah Abu Bakar Assiddiq menjadi Khalifah pertama telah timbul satu peristiwa yang mengingatkan beliau tentang pentingnya ayat² Al Quran itu dihimpunkan didalam satu mushaf.Ini kerana ditakuti jika ada sesuatu hal yang menyebabkan kehilangan atau kemusnahan bahan² yang tercatit padanya ayat² suci itu.Atau terbunuhnya para sahabat yang hafiz didalam medan perang.Ini berlaku apabila tercetusnya peperangan dianatar kaum muslimin dengan golongan riddah(murtad).Mereka terdiri daripada pengikut² Musailimah Al Kazab dan yang lain pada mereka.Sebesar² pertempuran diantara dua golongan ini ialah pertempuran yang diberi nama Mauqiatul Yamamah yang mana kesan dari peperangan ini ramai dianatar para sahabat yang huffaz telah gugur sebagai syuhada'.Apabila berita ini telah sampai ke kota Madinah,Saidina Umar ibni Al khattab terperanjat lalu mengadap kepada Khalifah.Kebimbingan beliau terhadap syahidnya sahabat yang huffaz ini akan meyebabkan Al Quran terus hilang disebabkan terbunuhnya mereka yang hafiz ini.Lalu beliau mencadangkan kepada Khalifah agar Al Quran itu dapat dihimpunkan didalam satu mushaf.Pada mulanya Saidina Abu Bakar bimbang sekiranya berbuat demikian kerana perkara ini tidak pernah berlaku pada zaman Rasullullah s.a.w.Beliau tidak suka menjadikan dirinya sebagai orang yang mengambil tindakan lebih cermat dari tindakan yang pernah diambil Rasullalullah s.a.w sendiri.Walau bagaimanapun,setelah berbahas dan berbincang panjang dengan Saidina Umar,beliau berpuas hati dan berpendapat bahawa Saidina Umar adalah benar.

    Jelaslah kepada beliau faedah dan kepentingan dari tindakan yang diambil itu walau ianya tidak dilakukan oleh Rasullullah sendiri.Ini merupakan sebesar² jalan untuk memelihara keutuhan kitab suci itu dan menghindarinya dari kehilangan.Ini bermakna bukanlah mengatasi tindakan Rasullullah dalam beringat² yang pernah di lakukan oleh Rasullullah sendiri.Malah ini merupakan satu cabang dari kaedah² yang disiapkan oleh Rasullulllah saw dengan perintahnya ditulis ayat² suci itu ketika turunnya kepada Baginda s.a.w.Maka Saidina Abu Bakar menyambut baik cadangan Saidina Umar itu sebagai memelihara masalh yang besar kelak.Sesungguhnya lahirlah tindakan yang diambil itu mendapat sepenuh² kerestuan dari Allah s.w.t.

Wallahu A'alam


Sekalung setinggi Terima Kasih diucapkan buat Pelajar² Diploma Tahun 2000.
Hasil usaha untuk menjayakan Ruang Permata ini.Mereka² adalah:
 

Faisol Munjir, Fairus Abd Adi,Basyiruddin Mahmad Muhktar,
Yazmi Che'Yap,Nor Irwan Zulkafli,Zainul Hilmi Abd Jalil,
Hafizullah Mansor,Sallahuddin Kalyubi,Rifaei Salleh dan Syairoth Rafizan

 

Doakan kejayan Diploma 2000

Lihat siri 3

Back Main           Back Ruang Permata



 
 
 
 

14 Feb 2000