Ruangan ini diwujudkan bagi menyediakan kita dengan pelbagai Ilmu Allah.Sebagaimana yang disarankan kita menuntut Ilmu.Ilmu mengenai Al-Quran khususnya.Terdapat banyak Ilmu mengenai Al-Quran yang seharusnya kita dalami.InsyaAllah ia akan memberi manfa'at buat kita.Khususnya yang sedang berjuang untuk menjunjung setingginya KALAMULLAH.Untuk permulaan ruangan ini akan di'isi'kan dengan Sejarah Penulisan Al-Quran(Tarikh Mushaf).Ia akan diusahakan agar dapat di kemaskini setiap seminggu sekali.Sentiasalah kita mendapatkan keberkatan Allah dengan mendalami IlmuNYa.
Perlantikan Zaid bin Thabit sebagai penulis Mushaf Setelah Saidina Abu Bakar Assiddiq bermesyuarah dengan Saidina Umar, lalu dihantar orang menjemput Zaid bin Thabit dan memberi tugasan kepada beliau (Zaid) untuk menulis ayat² suci Al Quran dan dikumpulkan didalam satu Mushaf.
Kedua sahabat Rasullullah ini melantik Zaid bin Thabit dalam usaha membukukan mushaf ini adalah diatas alasan yg terdapat pada diri Zaid itu sendiri.Pada diri Zaid ini terhimpun segala sifat² kelebihan yg jarang sekali terdapat pada diri para sahabat² besar yg lain.Diantara sifat yg beliau miliki ialah elok hafazan Al Quran dan sebutan² huruf didalam Al Quran.Betul Qiraatnya.Beliau juga kekal menjadi penulis wahyu yg turun kepada Rasullullah s.a.w.Beliau juga merupakan satu²nya sahabat yg hadir bersama semasa Rasullullah s.a.w. menyemakkan bacaan Al Quran dihadapan Jibril a.s untuk kali akhir.Beliau juga sangat warak,berakal,sempurna agamanya,adil,amanah.Tidak tertohmah pada agama dan akhlaknya.Ini yg membuatkan beliau terlantik untuk tugas yg maha berat ini.
Walau agak berat untuk menerima tanggungjawab yg besar ini pada awalnya,namun setelah berbincang dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar radiallahuanhuma beliau bersetuju.Pada mulanya,Zaid bin Thabit lebih mengutamakan ayat² yg tercatit pada bahan² (yg telah disebutkan) dan ayat² yg dihafaz oleh para sahabat dihadapan Rasullullah s.a.w.Beliau meneliti setiap ayat itu dengan cermat.Walaupun beliau sendiri menghafaz keseluruhan Al Quran itu,beliau sangat berhati² didalam hal ini.Beliau akan menyemakkan hafazanya dengan bahan² yg tercatit ayat² Al Quran juga dengan para sahabta yg lain.Ini bagi membenarkan apa yg ditulis didalam mushaf kelak.Semasa menjalankan tugasan ini beliau berpegang pada 2 sumber iaitu:
Pertama: Apa yg tertulis semasa hayat Baginda Rasullulllah s.a.w.
Kedua : Apa yg tersimpan didalam dada para sahabat (yg dihafaz).Beliau amat teliti bila mengambil sesuatu dari yg bertulis sehingga benar² yakin dengan apa yg yg tertulis itu adalah telah ditulis dihadapan Rasullullah s.a.w.Juga ayat² itu disahkan dihapan Jibril a.s.didalam penyemakkan terakhir.Oleh sebab itu beliau hanya menerima sesuatu ayat yg bertulis itu setelah disaksikan oleh 2 orang saksi yg dia daj agamanya tidak diragui.
Maka dengan itu selesailah sudah pengumpulan Al Quran mengikut kaedah yg diterangkan tadi(Iaitu dari hafazan para sahabat dan tulisan² yg tercatit dari bahan² yg mana ia dilakukan dihadapan Rasullullah s.a.w.)
dibawa penyeliaan Saidina Abu Bakar Assiddiq.Oleh yg demikian Saidina Abu Bakar r.a merupakan orang yg mempunyai sebesar² jasa disisi masyarakat Islam.Beliau telah berjaya membukukan Al Quran didalam mushaf untuk umat Islam sehingga hari ini sebagai pegangan dan pedoman didalam kehidupan.Saidina Ali pernah berkata:
Menghimpunkan ayat² suci Al Quran ini menjadi satu mushaf bukan lah menjadi satu bid'ah.Malahan ia merupakan satu daripada landasan yg betul.Dimana ia telah digariskan oleh baginda Rasullullah s.a.w sendiri.Baginda sendiri telah memerintahkan agar mencatit ayat² suci yg diturunkan kepada Baginda s.a.w.Tetapi pada waktu itu hanya ditulis pada bahan² seperti kulit²,tulang²,pelepah² tamar dan sebagimana yg telah disebutkan terdahulu.Apa yg dilakukan oleh Saidina Abu Bakar r.a. itu ialah untuk menyatukan ayat² itu disatu tempat agar ianya tidak hilang.Mushaf yg telah ditulis oleh Zaid bin Thabit ini disimpan oleh Saidina Abu Bakar sepanjang beliau menjadi Khalifah.Kemudian ianya(mushaf) disimpan pula oleh Saidina Umar al Khattab sepanjang beliau menjadi Khalifah.Setelah wafatnya Khalfiah yg kedua ini mushaf itu disimpan pula oleh anaknya Hafsah binti Umar.Hafsah juga menyimpan ianya disenjang hayat beliau sehinggalah beliau wafat.(Orang yg paling besar sekali pahalanya mengenai mushaf Al Quran ialah Saidina Abu Bakar r.a.Semoga beliau dirahmati Allah s.w.t.Beliaulah orang yg pertama menghimpunkan Kitab Allah)Wallahu A'alam
Sekalung setinggi Terima Kasih diucapkan buat Pelajar² Diploma Tahun 2000.
Hasil usaha untuk menjayakan Ruang Permata ini.Mereka² adalah:
Faisol Munjir, Fairus Abd Adi,Basyiruddin Mahmad Muhktar,
Yazmi Che'Yap,Nor Irwan Zulkafli,Zainul Hilmi Abd Jalil,
Hafizullah Mansor,Sallahuddin Kalyubi,Rifaei Salleh dan Syairoth Rafizan
Doakan kejayan Diploma 2000
28 Feb 2000