Ruangan ini diwujudkan bagi menyediakan kita dengan pelbagai Ilmu Allah.Sebagaimana yang disarankan kita menuntut Ilmu.Ilmu mengenai Al-Quran khususnya.Terdapat banyak Ilmu mengenai Al-Quran yang seharusnya kita dalami.InsyaAllah ia akan memberi manfa'at buat kita.Khususnya yang sedang berjuang untuk menjunjung setingginya KALAMULLAH.Untuk permulaan ruangan ini akan di'isi'kan dengan Sejarah Penulisan Al-Quran(Tarikh Mushaf).Ia akan diusahakan agar dapat di kemaskini setiap seminggu sekali.Sentiasalah kita mendapatkan keberkatan Allah dengan mendalami IlmuNYa.
Penghimpunan Al Quran Pada Zaman
Khalifah Uthman Dan SebabnyaJika kita perhatikan pada siri yg lepas,kita akan dapati lembaran² (suhuf) yg ditulis oleh Zaid Bin Thabit hanya tinggal pada Hafsah Ummul Mukminin.Pada permulaan zaman Khalifah Uthman banyak pembukaan kota² Islam diluar jazirah arab.Maka oleh itu Penduduk bagi setiap kota itu bukan dari golongan arab (a'jam) ,maka kaedah² bacaan Quran itu diambil dari sahabat yg masyhur disisi mereka.Seperti penduduk Syam mengambil bacaan Ubai Bin Kaab, manakala di Kufah pula menurut bacaan Abdullah Bin Masud dan yg lain pula menurut bacaan Abu Musa Al Asya'ri.Begitulah seterusnya.
Terdapat beberapa perselisihan dalam beberapa bacaan kerana sebab utamanya Quran itu diturunkan diatas 7 macam pelat bahasa ( loghat ).Sebagaimana yg dinaqolkan daripada Baginda s.a.w. secara mutawatir.
Dengan ini wujudlah perselisihan dalam menentukan kaedah pembacaan yg utama (afdhal) menurut mereka.Sehinggakan dengan sebab perpecahan ini maka terjadilah perbalahan dikalangan orang islam sendiri didalam pembacaan kitab suci masing². Tiap² satu pihak mendakwa bacaan mereka lah yg betul dan yg lain adalah salah.Akhirnya mereka berbalah sesama sendiri.
Dalam tahun yg kedua atau yg ketiga - menurut riwayat² yg berbeza dalam khalifah Uthman Bin Affan r.a iaitu pada tahun yg ke-25 hijriah telah berkumpul penduduk Syam dan Iraq semasa memerangi negeri Armania dan Azarbaijan.Dikalangan orang islam dari Iraq yg turut serta dalam peperangan itu ialah Huzaifah Bin Al Yaman.Beliau dapati banyak perselisihan dikalangan orang islam dalam cara² pembacaan Quran dan juga mendengar caci mencaci yg berlaku sesama mereka dengan sebab perselisihan² dalam bacaan itu.Huzaifah menganggap perkara ini sangat merbahaya dikalangan ummah pada masa itu disebabkan perbalahan dalam masalah kaedah pembacaan Quran kerana tiada satu kaedah yg khusus dalam menentukan pembacaan yg disepakati oleh semua.
Maka beliau menyarankan kepada khalifah Utman r.a agar menghimpunkan sekelian para sahabat yg terkemuka untuk membincang dan merundingkan perkara tersebut. Mereka bersependapat sayugialah menyalin beberapa buah mushaf daripada mushaf asal simpanan Saidina Hafsah semasa pengumpulan zaman Saidina Abu Bakar dan Khalifah kedua.Kemudian diutuskan disetiap kota² islam untuk menjadi tempat rujukan semasa berlaku perselisihan dan selain dari mushaf ² yg disalin itu.(Mushaf Saidina Hafsah).Jika terdapat mushaf yg selain daripada itu hendaklah dibakar dan dimusnahkan.Dengan itu diharap fitnah yg ditakuti akan membesar itu terus padam dan perpaduan antara umat islam akan erat kembali.
Langkah ² Pengumpulan Penulisan Resam Uthmani Saidina Uthman r.a mengambil langkah utama untuk melaksanakan keputusan tersebut dengan menyerahkan tugas penting ini kepada 4 orang tokoh² besar dari kalangan sahabat yg hafaz Al Quran iaitu : Zaid Bin Thabit , Abdullah Bin Zubair ,Said Bin Al- 'As dan Abdurrahman Bin Al Harith Bin Hisyam. 3 daripada mereka merupakan daripada bagsa Quraisy kecuali Zaid Bin Thabit.Kemudian meminta kepada Saidina Hafsah mushaf yg ada didalam simpanannya. Permintaan itu dipenuhi lalu mereka berempat mulalah menyalin kitab itu.Menurut setengah riwayat ahli syura yg diperintahkan untuk menyalin mushaf itu adalah seramai 12 orang yg terdiri daripada orang Muhajirin dan Ansar.Antara mereka itu adalah Ubai Bin Kaab.
Wallahu A'alam
Sekalung setinggi Terima Kasih diucapkan buat Pelajar² Diploma Tahun 2000.
Hasil usaha untuk menjayakan Ruang Permata ini.Mereka² adalah:
Faisol Munjir, Fairus Abd Adi,Basyiruddin Mahmad Muhktar,
Yazmi Che'Yap,Nor Irwan Zulkafli,Zainul Hilmi Abd Jalil,
Hafizullah Mansor,Sallahuddin Kalyubi,Rifaei Salleh dan Syairoth Rafizan
Doakan kejayan Diploma 2000
29 Mac 2000