Ruangan ini diwujudkan bagi menyediakan kita dengan pelbagai Ilmu Allah.Sebagaimana yang disarankan kita menuntut Ilmu.Ilmu mengenai Al-Quran khususnya.Terdapat banyak Ilmu mengenai Al-Quran yang seharusnya kita dalami.InsyaAllah ia akan memberi manfa'at buat kita.Khususnya yang sedang berjuang untuk menjunjung setingginya KALAMULLAH.Untuk permulaan ruangan ini akan di'isi'kan dengan Sejarah Penulisan Al-Quran(Tarikh Mushaf).Ia akan diusahakan agar dapat di kemaskini setiap seminggu sekali.Sentiasalah kita mendapatkan keberkatan Allah dengan mendalami IlmuNYa.
Zaman Rasulullah s.a.w
Apabila Rasululllah s.a.w menerima wahyu dari Allah s.w.t melalui perantaraan Jibril a.s baginda akan menghafaz ayat² suci tersebut sehinggalah selesai wahyu yg telah diturukan kepada beliau.Baginda s.a.w akan menperdengarkan bacaannya kepada Jibril a.s setiap setahun sekali.Pada tahun terakhir sebelum beliau wafat beliau memperdengarkan sebanyak 2 kali.Ini bagi menjaga tentang lafaz² Kalamullah itu.Setiap kali turunnya wahyu dan setelah baginda menghafaznya,Baginda akan menyampaikannya kepada umum.Kemudian Baginda menyuruhkan kepada juru² tulis agar menulis dan mencatitkan ayat² tersebut di atas pelepah² kurma,keping² batu,kulit² dan juga tulang² haiwan.Baginda juga menunjukan kepada penulis² tadi agar meletakkan ayat yg tertentu di surah yang tertentu.Sebagaimana sabda baginda:
Diantara para penulis² wahyu yang termashyur ialah Khulafa Ur Rasyidin.
Abu Bakar assiddiq,Umar ibn Khattab,Uthman ibn Affan dan Ali ibn Abi Tholib karramallahuwajhah.Selain itu Muawiyyah bin Abi Sufyan,Aban bin Said,Khalid bin Al-Walid,Ubai bin Ka'ab,Zaid bin Thabit,Thabit bin Qais juga para sahabat Rasullah yang hampir(Radiallahu Anhum Ajma'in).Mereka ini akan menuliskannya dihadapan Rasulullah s.a.w.Maka sebelum Baginda wafat,keseluruhan Al-Quran itu telah dapat ditulis.Cuma tidak terhimpun didalam satu mushaf.Ini adalah kerana 2 perkarayang berikut:
Pertama:Para sahabat lebih senang membaca Al-Quran tanpa surat(mushaf) dngan cara menghafaz.Mereka juga kurang berminat untuk menulis atau mencatit ayat² Al-Quran itu sendiri.Kedua:Baginda menjangkakan akan turunnya tambahan ayat atau ayat² yang dimansuhkan sesetengah hukum² dan juga sesetengah bacaan ayat.Setelah selesainya penurunnan wahyu dan kewafatan Baginda s.a.w tidaklah ada lagi penurunan wahyu.Maka Allah mengilhamkan kepada para sahabat agar mengumpulkan Al-Quran didalam
satu mushaf.Bagi melaksanakan janji Allah yang maha benar untuk mengawal dan memeliharanya sebagaimana firman Allah s.w.t:
Usaha ini telah dimulakan oleh Khalifah Abu Bakar assiddiq menurut cadangan Saidina Umar r.a.InsyaAllah akan dijelaskan dengan lebih jelas kemudiannya.(Al-hijr:9) Seperti yang telah dijelaskan diatas tadi.Rasullah s.a.w akan menyemak Al-Quran dihadapan Jibril a.s setiap Ramadhan.Tetapi pada tahunwafatnya Baginda ianya dibuat 2 kali.Sebagaimana Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadis dari Saiditina Fatima r.a bahawa beliau telah berkata:
"Bahawa Baginda Rasulullah s.a.w telah berbisik kepadaku bahawa Malaikat Jibril menyemak Quran setahun sekali dengannya.Tahun ini beliau menyemak 2 kali.
Pendapatku ajalnya sudah tiba"
Zaid bin Thabit turut hadir bersama semasa semakan yang terakhir.Sebab itu beliau dipilih oleh Khalifah Abu Bakar assiddiq agar menghimpunkan Quran sebagaimana yang akan dijelaskan kemudian.Dari apa yang dijelaskan diatas,dapatlah kita fahami bahawa Quran itu sudah pun wujud dalam bentuk tulisan kesemuanya sekali semasa hayat Baginda s.a.w.Tetapi keadaannya tidak terkumpuldalam satu mushaf dan juga tidak tersusun.Ini termasuklah yang ditulis di atas bahan² yang telah dijelaskan terlebih dahulu tadi.Begitu juga yang tersimpan di dada²ramai para sahabat r.a.Terutama merka yang menghafaz dengan selengkapnya.Seperti Khulafa Ur Rasyidin,Abdullah bin Masood,Ubai bin Ka'ab,Salim(bekas hamba Abu Hurairah),Zaid bin Thabit dan yang lain² yang sentiasa berdampingan dengan Rasulullah s.a.w.
Wallahu A'alam
Sekalung setinggi Terima Kasih diucapkan buat Pelajar² Diploma Tahun 2000.
Hasil usaha untuk menjayakan Ruang Permata ini.Mereka² adalah:
Faisol Munjir, Fairus Abd Adi,Basyiruddin Mahmad Muhktar,
Yazmi Che'Yap,Nor Irwan Zulkafli,Zainul Hilmi Abd Jalil,
Hafizullah Mansor,Sallahuddin Kalyubi,Rifaei Salleh dan Syairoth RafizanDoakan kejayan Diploma 2000