Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor
(MARTAH)


Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor ni telah ditubuhkan pada tahun 1990.
Di bawah Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)
Operasi awal dijalankan di Masjid Sultan Sallehuddin Abd.Aziz Shah Masjid Negeri Shah Alam Selangor.
Manakala Asrama kediaman pelajar pula di Quarters Masjid tersebut
Pengambilan pelajar berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah(PMR)
Dengan syarat kepujian Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab
Serta mestilah anak kelahiran Selangor ataupun ibubapa kelahiran Selangor.
Pelajar juga akan diuji kemampuan menghafaz ayat² Al-Quran semasa temuduga.
Ini adalah kerana di Martah ini antara objektif utamanya menghasilkan para penghafaz Al-Quran.
Di samping penekanan pada akedemi dengan pengambilan
Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).
Pelajar²Martah yg.ditahun akhir akan menduduki
Peperiksaan Diploma Tahfiz dan Qiraat di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)
Seterusnya layak meneruskan pelajaran ke Universiti tempatan mahupun luar negara.
Majoriti lepasan Martah akan meneruskan pelajaran ke Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar Mesir.
Dalam bidang Takhassus Qiraat.

 Pada awalnya Martah hanya mengambil seramai 10 orang pelajar
Pelajar² ini diambil setelah menjalani proses permohonan dan temuduga.
Cuma pada tahun 1997 pengambilan ditambah menjadi 15 orang pelajar.
Kemudian pada 1998 dan seterusnya mengambilan ditambah kepada 30 orang pelajar.
Ini bagi memenuhi permohonan yang sangat menggalakan.
Bagi keselesaan kediaman dan suasana pembelajaran
pihak Pentadbiran Martah dengan usahasama Jais telah memindahkan
operasi ke Istana Alauddin Kampung Bandar,Banting.
Pada Jun 1997.
Sementara menanti pembinaan Bangunan Pentadbiran dan Asrama pelajar
yang di dalam perancangan ketika itu.
Pada september 1999 bangunan pentadbiran dan asrama pelajar telah sedia untuk diduduki.
Sehingga kini bilangan pelajar di Martah mencecah 120 orang.
Dengan 15 tenaga pengajar.
Sebahagian tenaga pengajar ini adalah bekas pelajar Martah sendiri
yang telah menamatkan pelajaran di Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar.

 
 
 
 
 

Back Main